KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Akses maklumat yang lebih inklusif untuk orang kurang upaya (OKU) pendengaran di televisyen dan platform digital adalah sangat penting, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Menerusi catatan di Facebook beliau, Fahmi berkata perkara itu antara yang dibincangkan bersama Penasihat Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) Mohamad Sazali Shaari, Presiden Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (MyAsli) Wan Zuraidah Abu dan Timbalannya Goh Soo Leng di pejabatnya hari ini.
“Terima kasih En. Mohamad Sazali, Wan Zuraidah dan Goh Soo Leng atas kunjungan dan perbincangan petang tadi,” katanya dalam catatan itu, yang turut disertakan dengan video berdurasi 90 saat memaparkan pertemuan berkenaan.
Selain itu, Fahmi juga berharap agar pihak media dapat meningkatkan sokongan dalam aspek penyiaran dan penghasilan kandungan yang lebih mesra OKU.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial