KOTA KINABALU, 29 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini malam ini untuk mengadakan lawatan kerja ke Sabah hingga esok.
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini pada kira-kira 9.30 malam disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan pemimpin negeri yang lain.
Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), dan Pengerusi PH Sabah Datuk Ewon Benedick dijadual menghadiri perjumpaan bersama para pemimpin gabungan politik itu di sini malam ini.
Esok, Perdana Menteri dijadual menghadiri beberapa program termasuk Majlis Perasmian Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2025 di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun, Penampang pada 8 pagi.
Selepas itu, beliau akan melancarkan Projek Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd Fasa 1 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada 10 pagi.
Anwar juga dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang di sini sebelum berlepas pulang ke ibu negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial