AM

Sultan Pahang Doakan Kesihatan Sultan Brunei, Titah Solat Hajat Diadakan

29/05/2025 11:16 PM

KUANTAN, 29 Mei (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di Pahang melakukan solat hajat hari ini bagi mendoakan kesihatan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

“Baginda turut mendoakan Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan kesembuhan dan kesihatan berpanjangan daripada Allah SWT,” menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang malam ini.

Sultan Brunei sebelum ini dilaporkan berehat di Institut Jantung Negara (IJN) ibu negara kerana keletihan dan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Baginda berada di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang-Sidang Berkaitan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan