PUTRAJAYA, 29 Mei (Bernama) -- Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengesahkan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi.
Bagaimanapun, beliau berkata pertemuan itu, yang berlangsung pada 2 petang, tidak membincangkan isu kekosongan jawatan Menteri Ekonomi serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
"Ya. Ada perjumpaan dengan Perdana Menteri pada 2 petang tadi. Itu sebab saya lewat. Saya tidak dimaklumkan ada perubahan menteri.
"Perdana Menteri kata Menteri Pengangkutan kekal,” katanya sambil berseloroh.
Loke berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan Bil 1/2025 di sini hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial