KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Komitmen China Communications Construction Company Ltd (CCCC) menyempurnakan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mengukuhkan kerjasama strategik Malaysia-China dalam pembangunan infrastruktur berimpak tinggi.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata ECRL iaitu jajaran dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka siap pada Disember 2026 dan beroperasi sepenuhnya mulai 1 Jan 2027.
“Petang tadi saya menerima kunjungan hormat daripada Wang Tongzhou Pengerusi CCCC seusai Sidang Kemuncak ASEAN.
“Kami membincangkan kemajuan projek ECRL yang kini telah mencapai 82.45 peratus setakat April 2025. ECRL berada pada landasan kukuh untuk siap Disember 2026 dan beroperasi sepenuhnya mulai 1 Januari 2027.
“Turut dibincangkan dalam pertemuan ini adalah kesiapsiagaan ECRL Operation Sdn Bhd bagi fasa pengoperasian dan penyelenggaraan,” katanya menerusi Facebook malam ini.
Projek ECRL sejauh 665 kilometer akan merentasi negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan Selangor di Pantai Barat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial