AM

PM Hulur Sumbangan Kepada Keluarga Kanak-kanak Lemas Di Sungai Balok

17/05/2025 09:40 PM

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada keluarga Nur Afia Ramadhannie Zolkurnain, kanak-kanak perempuan yang ditemukan lemas sewaktu mengikut ibunya mencari kepah di Sungai Balok, Kuantan, Pahang. 

Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi, yang mewakili Perdana Menteri, kepada ibu Allahyarham iaitu Masitah Latipah Adam, 42, ketika menziarahi keluarga berkenaan di Kampung Sungai Ular, Kuantan. 

“Sungguh pilu mengenangkan tragedi yang meragut nyawa seorang anak kecil yang masih dalam lingkungan usia riang dan ceria. Saya menyampaikan salam takziah dan rasa simpati yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa Allahyarham.

“Bagi pihak Perdana Menteri, kami turut menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda prihatin dan ihsan atas kehilangan yang amat menyentuh perasaan ini. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam melalui ujian yang amat berat ini,” katanya dalam hantaran di Facebook yang turut dikongsikan Anwar hari ini.

Nur Afia Ramadhannie, 7, yang hilang ketika berkelah bersama keluarga berhampiran jeti di muara Sungai Balok, ditemukan lemas pada Ahad lepas. 

-- BERNAMA 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan