TELUK INTAN, 13 Mei (Bernama) -- Angka kematian dalam kemalangan membabitkan lori Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini hari ini, meningkat kepada sembilan orang.
Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin ketika dihubungi berkata kesemua yang maut adalah anggota FRU dari Unit 5 Ipoh.
Beliau berkata mayat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.
Setakat ini identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial