JENAYAH & MAHKAMAH

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Di Sungai Batang Rajang

09/04/2025 08:41 PM

SIBU, 9 April (Bernama) -- Pasukan Polis Marin Sibu menemukan mayat seorang lelaki yang terapung di Sungai Batang Rajang di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mayat berkenaan sewaktu ditemukan kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi. 

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki dengan anggaran ketinggian kira-kira lima kaki (1.52 meter) dan berkepala botak. Tiada tanda-tanda lain ditemukan pada tubuh mangsa. Turut ditemukan seutas rantai benang berwarna merah pada leher mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pemeriksaan awal pada tubuh badan mangsa juga mendapati tiada sebarang kecederaan, tanda-tanda berlaku pergelutan atau pergaduhan, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan keluarga boleh menghubungi balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat kes Sub Insp Donny Lai di talian 084-211 221,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan