JENAYAH & MAHKAMAH

Polis keluar 5,113 Permit Jual Bunga Api, mercun Sempena Aidilfitri - KPN

24/03/2025 01:49 PM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 5,113 permit untuk penjualan bunga api dan mercun bagi tempoh 1 hingga 11 Mac, sempena perayaan Aidilfitri.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata sepanjang tempoh itu 7,223 permohonan permit diterima dengan 264 daripadanya tidak diluluskan manakala 1,846 lagi masih dalam proses.

"Bagi tempoh sama 31 tangkapan dan rampasan bunga api serta mercun dilakukan," katanya semasa dihubungi di sini hari ini. 

Beliau seterusnya memberi amaran tindakan pembatalan permit akan dikenakan kepada mereka yang melanggar syarat permit, selain turut boleh dikenakan tindakan tegas seperti tangkapan dan rampasan.

Razarudin berkata tangkapan dan rampasan boleh dibuat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan