AM

Op Ramah APM Fokus Lebih 5,000 Kawasan Berisiko Banjir

29/10/2024 06:02 PM

KUALA TERENGGANU, 29 Okt (Bernama) -- Penugasan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerusi Op Ramah akan ditumpukan pada 5,648 kawasan berisiko banjir yang dikenal pasti di seluruh negara.

Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Aminurrahim Mohamed berkata seramai 15,000 pegawai dan anggota termasuk petugas sukarela kini bersedia untuk dikerah sekiranya bencana itu melanda dengan tiba-tiba.

Beliau berkata pasukan Op Ramah yang melakukan rondaan bermotosikal akan ke lokasi termasuk kawasan perkelahan dan rekreasi untuk memberi peringatan serta nasihat supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini.

"Walaupun belum ada tanda-tanda banjir, APM tidak boleh rehat dan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga.

"Penugasan Op Ramah kali ini akan ditumpu kepada kawasan berisiko dijangkakan oleh agensi-agensi teknikal. Sebab kita juga berpandukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Apresiasi Penyerahan Watikah Pegawai Kehormat/Bersekutu dan Penganugerahan Pingat, Reben Perkhidmatan dan Sijil APM Negeri Terengganu 2024 di sini hari ini.

Turur hadir Pengarah APM Terengganu Mohd Zul Khairi Shamsuddin.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan