SUKAN

Jing Hong Lebur Rekod 20 Tahun Lumba Jalan Kaki SUKMA

19/08/2024 11:43 AM

KUCHING, 19 Ogos (Bernama) -- Atlet Wilayah Persekutuan Khor Jing Hong mencipta sensasi apabila meraih pingat emas acara 20,000 meter (m) lumba jalan kaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Stadium Sarawak hari ini.

Lebih mengejutkan, Jing Hong yang membuat penampilan pertamanya mencipta rekod baharu temasya selepas mencatatkan satu jam 34 minit 38.20 saat (s) sekali gus memadam rekod lama berusia 20 tahun milik Thiyagu Manoharan dari Perak yang mencatat 1’34:56.10s pada edisi 2004 di Negeri Sembilan.

“Saya lega kerana semalam saya sangat tertekan sebab hari pertama, acara pertama dan saya pula sasarkan emas dan pecah rekod. Jadi semua mata tengok saya.

“Tapi semalam saya ada bercakap dengan jurulatih dan itu melegakan saya untuk turun beraksi dengan tenang,” katanya ketika ditemui di sini.

Pingat perak menjadi milik wakil Pulau Pinang Sriven Tan selepas mencatat 1’38:25.43s manakala C. Teban Raj dari Selangor yang merakam 1’48:07.56s membawa pulang gangsa.

Saingan olahraga yang menawarkan keseluruhan 47 pingat emas berlangsung selama lima hari bermula hari ini.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan