AM

SULTAN PAHANG BERKENAN HADIR MAJLIS SANTAPAN MALAM DIHOSKAN RAJA THAILAND

25/06/2024 09:45 PM

BANGKOK, 25 Jun (Bernama) -- Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam yang dihoskan oleh Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn dan Permaisuri Sutida di Amphorn Royal Palace, di sini, pada Isnin.

Berita mengenai lawatan itu dimuat naik dalam laman Facebook Kesultanan Pahang pada Selasa, yang menyatakan bahawa Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah diiringi oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.

Hantaran itu juga berkongsi beberapa foto keluarga Sultan Pahang bersama Raja Maha Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida.

Raja Maha Vajiralongkorn akan menyambut ulang tahun keputeraan baginda yang ke-72 bulan depan, pada 28 Julai.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan