AM

RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN PARLIMEN DIBENTANG OKTOBER - JOHARI

25/06/2024 08:20 PM

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen dijangka dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang Oktober nanti, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Beliau berkata walaupun RUU itu pada mulanya dijangka dibentangkan pada sesi semasa, namun Kabinet baru sahaja meluluskannya drafnya baru-baru ini.

"Kita akan cuba bentangkannya paling awal semasa persidangan ketiga (Oktober)... kita cuba bentangkan pada persidangan kedua (semasa), tetapi perkara itu (draf) baru sahaja diluluskan oleh Kabinet,” katanya semasa berucap di majlis pelancaran Laporan Tahunan 2023 Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia Mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (APPGM-SDG), di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Mac lepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said menyuarakan harapan agar Akta Perkhidmatan Parlimen boleh berkuat kuasa tahun ini, dengan menekankan kepentingannya bagi meningkatkan kebebasan struktur parlimen.

Akta Perkhidmatan Parlimen disasar memberikan autonomi kepada Parlimen dalam menguruskan hal ehwalnya, termasuk dalam soal pengambilan pekerja dan kewangan. Akta itu diperkenalkan pada tahun 1963, tetapi dimansuhkan pada tahun 1992. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan