JENAYAH & MAHKAMAH

POLIS TAHAN SEMBILAN INDIVIDU DISYAKI TERLIBAT KES BULI DI SPAOH

24/06/2024 10:29 PM

BETONG, 24 Jun (Bernama) -- Polis menahan sembilan individu disyaki terlibat dalam kejadian buli seorang remaja lelaki di Spaoh yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Betong DSP Zamry Alli dalam kenyataan berkata kesemua mereka yang berumur 12 hingga 26 tahun itu ditahan di sekitar daerah berkenaan selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa hari ini.

Beliau berkata mangsa telah tampil ke Balai Polis Betong untuk membuat laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Saya meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden tersebut kerana kes masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.

Terdahulu tular rakaman video di TikTok dan Facebook memaparkan remaja berkenaan ditampar beberapa kali di bahagian muka dan kepala oleh seorang individu dengan beberapa remaja lelaki lain turut berada di tempat kejadian.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan