AM

MYDIGITAL ID SAHKAN IDENTITI DIGITAL, BUKAN GANTI MYKAD - PJBUMI

24/06/2024 08:44 PM

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- PJBumi Bhd pada Isnin menjelaskan bahawa inisiatif MyDigital ID digunakan bagi tujuan pengesahan pengenalan diri secara digital dan bukannya bagi mengantikan kad pengenalan atau MyKad.

Malah, MyDigital ID itu berperanan sebagai lanjutan bagi pengesahan identiti rakyat negara ini secara dalam talian.

“Ia berperanan sebagai pengesahan rakam masuk tunggal untuk perkhidmatan kerajaan," kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kenyataan itu adalah sebagai susulan penganugerahan kontrak My Digital ID Physical Onboarding Services atau Perkhidmatan Penyertaan Suai Tugas Fizikal MyDigital ID untuk Mimos Semiconductor (M) Sdn Bhd.

MyDigital ID yang dijangka dilancarkan dalam empat fasa mulai Julai 2024, dimulakan dengan anggota Kabinet, diikuti penjawat awam dan penerima bantuan kerajaan seperti penerima subsidi serta seterusnya orang awam.

Anak syarikat milik penuh PJBumi iaitu PJBumi Heavy Engineering & Services Sdn Bhd yang menerima surat setuju terima (SST) bagi kontrak pada 21 Jun, 2024, akan menerima RM1.70 bagi setiap penyertaan fizikal yang berjaya ID My Digital yang didaftarkan dalam tempoh 24 bulan.

Perkhidmatan penyertaan suai tugas itu dijangka bermula pada 21 Jun, 2024 dan akan tamat pada 20 Jun 2026.

Harga kontrak berkaitan turut termasuk RM100,000 untuk penyediaan 500 unit peranti titik sentuh.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan