JENAYAH & MAHKAMAH

LELAKI MAUT, WANITA DAN BAYI CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN

24/06/2024 12:27 AM

ALOR GAJAH, 23 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki maut manakala seorang wanita dan bayinya yang berusia tujuh bulan cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) - Rembia di sini, lewat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata mangsa yang maut ialah pemandu Perodua Bezza Mohammad Ariffin Abdullah Thani, 33, akibat kecederaan parah pada kepala dan operator kilang itu meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Alor Gajah pada 9.07 malam tadi.

Beliau berkata wanita berusia 30 tahun yang memandu Proton Saga dan bayi perempuannya pula dirawat di zon merah Hospital Melaka akibat kecederaan parah pada kepala.

“Kemalangan turut menyebabkan seorang lagi penumpang Proton Saga iaitu wanita berusia 24 tahun cedera pada beberapa anggota badan dan dirawat di zon kuning hospital sama,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata polis menerima maklumat berkaitan kemalangan melibatkan Perodua Bezza dari arah Melaka menghala Alor Gajah dan Proton Saga dari arah bertentangan itu pada 7.07 malam.

Kemalangan itu katanya dipercayai berlaku apabila Perodua Bezza memasuki ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Saga.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan