DUNIA

RONALDO PEMAIN PERTAMA BERAKSI DALAM ENAM KEJOHANAN EROPAH, PEPE PEMAIN TERTUA

19/06/2024 01:51 PM

LEIPZIG (Jerman), 19 Jun (Bernama-dpa) -- Cristiano Ronaldo mencipta sejarah sebagai pemain lelaki pertama beraksi dalam enam Kejohanan Eropah apabila tampil dalam perlawanan Portugal menentang Republik Czech pada Selasa.

Portugal bangkit menewaskan Republik Czech 2-1 dalam saingan Kumpulan F Euro 2024 di Stadium Leipzig.

Ronaldo, 39, sudah mempunyai rekod untuk kebanyakan perlawanan Euro (26), gol (14) dan jaringan gol pada lima edisi kejohanan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Rakan sepasukan Ronaldo, Pepe, juga mencipta sejarah sebagai pemain lelaki tertua dalam Kejohanan Eropah selepas memulakan perlawanan menentang Republik Czech.

Pemain pertahanan yang berusia 41 tahun dan 113 hari memecah rekod pemegang terdahulu, Gabor Kiraly dari Hungary, dengan perbezaan lebih setahun.

"Semua orang tahu betapa saya bekerja keras untuk berada di sini hari ini. Ia adalah perlawanan yang sukar.

“Pasukan itu bermain dengan luar biasa dan sentiasa mengawal permainan," kata Pepe kepada pemberita.

-- BERNAMA-dpa

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan