EKONOMI

BURSA MALAYSIA SAHKAN PERBINCANGAN PINDAH KE TRX

18/06/2024 09:33 PM

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) --Bursa Malaysia Bhd mengesahkan bahawa perbincangan dengan Mulia Property Development Sdn Bhd mengenai perpindahan ke Tun Razak Exchange (TRX) sedang berjalan, dengan butiran terperinci masih belum dimuktamadkan.

"Pengumuman selanjutnya hanya akan dibuat apabila terdapat perkembangan penting mengenai perkara itu," kata pengendali bursa saham itu dalam makluman kepada Bursa hari ini.

Bursa Malaysia berkata demikian sebagai mengulas dua artikel bertajuk “Bursa Malaysia mulling move to TRX" and "In final negotiation stage, Bursa Malaysia’s headquarters to be moved to TRX," (Bursa Malaysia timbang pindah TRX" dan "Rundingan di peringkat akhir, ibu pejabat Bursa Malaysia akan dipindahkan ke TRX)  yang dikeluarkan baru-baru ini.

Menurut artikel itu Bursa Malaysia dan Mulia Property sedang di peringkat akhir rundingan untuk memindahkan ibu pejabat bursa ke TRX. Sekiranya langkah itu menjadi kenyataan, Bursa Malaysia berkemungkinan akan menduduki dua tingkat bangunan Exchange 106.

Mulia Property adalah pemaju bangunan Exchange 106 setinggi 106 tingkat di TRX.

Ketika ini Bursa Malaysia beroperasi di Exchange Square, kompleks pejabat 16 tingkat yang terletak di Bukit Kewangan, di sini.

--BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan