AM

BOEING NAMAKAN PENNY BURTT SEBAGAI PRESIDEN BAHARU BAGI ASIA TENGGARA

18/06/2024 03:13 PM

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Boeing hari ini mengumumkan Penny Burtt sebagai presiden baharu bagi bahagian perniagaan Asia Tenggara syarikat itu, berkuat kuasa 3 Julai, 2024.

Syarikat aeroangkasa global itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata Burtt akan berpangkalan di Singapura dan menyelia strategi dan operasi Boeing seiring dengan pengembangannya di rantau ini.

Burtt juga akan menjadi pengarah dan pengerusi Boeing Singapore Pte Ltd dan presiden pengarah PT. Boeing Indonesia. 

Baru-baru ini Burtt mengetuai bahagian dasar awam dan hubungan kerajaan bagi rantau Asia Pasifik di Stripe, sebuah syarikat infrastruktur kewangan.

Beliau merupakan bekas diplomat Australia yang berkhidmat di Singapura, Indonesia dan Malaysia, dan merupakan ahli lembaga Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN.

Boeing juga berkata pihaknya telah bekerjasama dengan pihak berkepentingan di Asia Tenggara selama lebih 75 tahun, membina keupayaan aeroangkasa dan pertahanan di rantau ini dengan pejabat di Singapura, Indonesia, Vietnam, Malaysia, Thailand dan Filipina.

“Rantau ini merupakan salah satu pasaran pesawat komersial yang paling pantas berkembang di dunia dan keperluan pertahanannya berkembang pesat,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan