AM

PM ANWAR NYATAKAN HASRAT MALAYSIA SERTAI BRICS KEPADA PRESIDEN BRAZIL

18/06/2024 02:16 PM

BUKIT MERTAJAM, 18 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan telah menyatakan hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan, BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) kepada Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

Sehubungan itu, beliau berkata Malaysia akan melalui proses-proses untuk memungkinkan negara menyertai organisasi antara kerajaan itu.

“BRICS, sejak dua bulan lalu, ia telah diangkat supaya Kementerian Luar buat kajian yang keputusan dasar kita untuk menyertai BRICS. Kita akan melalui proses untuk memungkinkan kita untuk menyertai BRICS. 

“Saya sendiri telah bercakap dengan Presiden Brazil tentang hasrat yang sedemikian,” kata Anwar kepada pemberita selepas menghadiri kenduri sempena Raya Aidiladha kenalan lama beliau Hamzah Mat Isa di Mengkuang Semarak dekat sini, hari ini.

BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China dengan Afrika Selatan menyertai kumpulan itu pada 2010.

Pada Januari 2024 pula, negara Iran, Mesir, Ethiopia, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyertai organisasi itu sebagai ahli baharu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan