DUNIA

LONDON TERSENARAI ANTARA 10 'BANDAR TERMAHAL DI DUNIA'

17/06/2024 12:04 PM

LONDON, 17 Jun (Bernama-dpa) -- London telah tersenarai antara 10 bandar paling mahal di dunia untuk pekerja ekspatriat berdasarkan indeks global, lapor Agensi Berita (dpa) Jerman.

Bandar ini telah naik sembilan anak tangga sejak tahun lalu dan kini berada di kedudukan kelapan dalam penarafan kos sara hidup di bandar oleh Mercer bagi 2024.

Faktor seperti kos sara hidup dan harga sewa menyumbang kepada penarafan ini.

Hong Kong mengekalkan kedudukan teratas tahun ini diikuti Singapura dan Zurich, Switzerland.

Paris berada di kedudukan ke-29 dan Dublin pada kedudukan ke-41.

Indeks itu merangkumi 226 lokasi di seluruh dunia dan diukur berdasarkan 200 faktor termasuk pengangkutan, makanan, pakaian, barangan isi rumah dan hiburan.

Mercer, sebuah perniagaan Marsh McLennan menyusun penarafan ini bagi membantu majikan multinasional merancang pakej pampasan untuk pekerja.

Peningkatan kos perumahan di kebanyakan bandar di seluruh dunia telah menjadi cabaran kepada majikan, dengan trend inflasi yang tidak menentu juga memberi tekanan kepada pakej pampasan pekerja, menurut Mercer.

Berikut ialah kedudukan bandar-bandar dengan kos sara hidup tertinggi 2024 oleh Mercer

1. Hong Kong

2. Singapura

3. Zurich, Switzerland

4. Geneva, Switzerland

5. Basel, Switzerland

6. Bern, Switzerland

7. New York, Amerika Syarikat

8. London, United Kingdom

9. Nassau, Bahamas

10. Los Angeles, Amerika Syarikat

-- BERNAMA-dpa

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan