AM

THE KNIGHTS AWARD MUSIM TIGA DIJADUAL BERLANGSUNG 14 OKTOBER

16/06/2024 02:50 PM

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Majlis anugerah The Knights Award Musim 3 yang menampilkan pelbagai pertubuhan ternama dan tokoh-tokoh masyarakat dihormati, dijadualkan berlangsung pada 14 Okt ini di Dewan Filharmonik, Menara Berkembar Petronas, KLCC, menurut President The Knights Award Dr Zyro Wong.

Beliau berkata jawatankuasa penganjur menyasarkan untuk meningkatkan majlis anugerah itu ke tahap baharu di samping mewujudkan hubungan elit kelompok pemimpin yang akan berusaha untuk meraih kejayaan cemerlang dalam komuniti perniagaan dan pertumbuhan ekonomi yang positif. 

“Standard anugerah itu akan dibawa ke tahap yang lebih tinggi dengan kehadiran lebih ramai pemimpin perniagaan antarabangsa dan nasional, selebriti, pemimpin utama serta pemegang taruh penting yang lain. Ia dijangka mengundang penyertaan daripada sekurang-kurangnya 30 negara musim ini,” katanya kepada media hari ini.

Tahun lepas menyaksikan BERNAMA TV, salah satu platform Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menerima anugerah berprestij 'The Rapid News Distribution of All Time (Malaysia)' pada majlis The Knights Award 2023 Musim 2.

Pada majlis berkenaan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaluddin (Ketua Pengarang ketika itu) menerima piala dan plak daripada Dr Zyro dan Putera Norodom Naravong dari Kemboja.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan