DUNIA

PM ITALI MELONI, PRESIDEN PERANCIS MACRON BERTELAGAH BERHUBUNG PENGGUGURAN KANDUNGAN DI SIDANG KEMUNCAK G7

15/06/2024 12:24 PM

BORGO EGNAZIA (Itali), 15 Jun (Bernama-Anadolu) –- Ketegangan memuncak antara Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, semasa sidang kemuncak G7 di Itali akibat perselisihan mengenai isu pengguguran kandungan, lapor Agensi Anadolu memetik media Itali.

Menurut laporan itu, Macron dipetik sebagai berkata bahawa isu pengguguran kandungan tidak dimasukkan dalam draf akhir kenyataan rasmi atas permintaan Itali.

Dalam reaksinya, Meloni menuduh Macron mengadakan kempen pilihan raya dan menegaskan bahawa tidak ada gunanya tidak bersetuju dengan apa yang telah dipersetujui.

"Adalah tidak wajar untuk menjadikan G7 sebagai platform untuk kempen pilihan raya," katanya.

Bagaimanapun, media Itali melaporkan pada Khamis bahawa ketegangan antara Meloni dan Macron kembali reda semasa makan malam.

Pada hari pertama sidang kemuncak pada Khamis, dinyatakan bahawa terdapat ketidaksepakatan dalam kalangan negara G7 mengenai isu pengguguran, dengan kenyataan yang akan dimasukkan dalam deklarasi berhubung isu Ukraine atau Gaza, dan bukan mengenai pengguguran.

Media mendakwa bahawa Perancis dan Kanada secara khusus mendesak untuk rujukan kepada jaminan hak akses kepada pengguguran, manakala Itali menentang membincangkan isu itu.

Ia juga berhujah bahawa rujukan itu secara khusus diminta oleh Perancis dan Kanada, tetapi sumber dari Itali menunjukkan bahawa rundingan mengenai isu itu diteruskan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan