DUNIA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP BERGAMPUR-CAMPUR SUSULAN CUTI AIDILADHA

15/06/2024 12:09 AM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini susulan kedatangan cuti Hari Raya Aidiladha pada Isnin (17 Jun), kata seorang penganalisis.

Bagaimanapun, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group dari Mumbai, Anilkumar Bagani berkata harga minyak sawit mungkin diniagakan lebih tinggi dalam beberapa minggu akan datang disebabkan oleh pengeluaran Malaysia  yang agak perlahan termasuk peningkatan eksport.

“Harga dijangka mendapat sokongan sekitar RM3,900 setan tetapi pemulihan boleh dihadkan pada jajaran RM4,150 setan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup, bulan semerta bagi Jun 2024 meningkat sebanyak RM49 kepada RM3,983, kontrak Julai 2024 menokok RM27 kepada RM3,961 satu tan, manakala Ogos 2024 naik RM10 kepada RM3,946 satu tan.

September 2024 susut RM4 kepada RM3,928 satu tan, Oktober 2024 berkurangan sebanyak RM18 kepada RM3,911 satu tan dan November 2024 turun RM20 kepada RM3,911 satu tan.

Jumlah dagangan bertambah kepada 91,048 lot berbanding 67,837 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 229,646 kontrak daripada 218,681 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Jun Selatan kekal tidak berubah pada RM4,000 setan.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan