AM

Arab Saudi Bina Laluan Pejalan Kaki 'lembut' Hubungkan Arafah-muzdalifah

14/06/2024 12:00 PM

MAKKAH, 14 Jun (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan bagi Operasi Jalan Raya dan Penyelenggaraan Arab Saudi telah membangunkan laluan pejalan kaki dengan lantai yang ‘lembut’ menghubungkan Arafah dengan Muzdalifah bagi kemudahan jemaah haji terutamanya warga emas.

Timbalan Menteri berkaitan Tareq bin Ziyad Al-Shami berkata laluan sepanjang 1,000 meter (m) dengan kelebaran 15m itu diperbuat daripada bahan campuran iaitu bitumen, asfalt dan getah yang menjadikan permukaan laluan itu tidak keras dan selesa untuk berjalan. 

Permukaan laluan itu juga dicat dengan warna kelabu terang khas yang melekat pada asfalt dan mampu mengurangkan haba antara 13 hingaa 15 darjah Celcius lebih rendah.

“Orang ramai boleh berjalan kaki dari Arafah ke Muzdalifa menggunakan laluan ini dan tanpa berasa sakit lutut atau kurang tekanan pada lutut...seperti anda tahu orang yang sudah berumur apabila mereka berjalan, mereka sakit lutut dan sakit belakang, kami mahu menghasilkan sesuatu yang memudahkan mereka berjalan kaki,” katanya.

Menurut Tareq, pihaknya akan menambah baik produk baharu (laluan pejalan kaki) itu dari semasa dan berharap laluan itu dapat diperluaskan untuk mengubungkan Muzdalifah dengan Mina pada masa akan datang demi keselesaan jemaah haji.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan