GAZA, 13 Jun (Bernama-WAFA) -- Jumlah korban warga Palestin akibat serangan kejam Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023 meningkat kepada 37,232 orang, sumber perubatan mengesahkannya pada Khamis.
Sumber berkata sekurang-kurangnya 85,037 yang lain cedera dalam serangan berkenaan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan 105 lagi cedera dalam serangan yang dilakukan Israel, 24 jam yang lepas.
Sumber berkata banyak lagi mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan dan berada di atas jalan kerana pasukan penyelamat masih belum dapat sampai kepada mereka.
-- BERNAMA-WAFA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial