RAMALLAH, 13 Jun (Bernama-WAFA) -- Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis memberi amaran mengenai bencana alam sekitar dan risiko kesihatan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Menerusi hantaran di X, UNRWA berkata setakat 9 Jun, lebih 330,000 tan sisa telah terkumpul di dalam atau berhampiran kawasan berpenduduk di seluruh Gaza, menimbulkan risiko bencana alam sekitar dan kesihatan. Kanak-kanak pula menyelongkar sampah setiap hari."
"Akses kemanusiaan tanpa halangan + #CeasefireNow adalah penting untuk memulihkan keadaan hidup yang berperikemanusiaan," katanya.
Serangan berterusan tentera rejim Israel di darat, laut dan udara ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, 2023 telah mengakibatkan kematian lebih 37,202 orang dan mencederakan 84,932 yang lain manakala ribuan mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan.
-- BERNAMA-WAFA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial