EKONOMI

Mtdc Rancang Tingkatkan Pelaburan Di Johor, Sasar Syarikat Sokong Pusat Data

13/06/2024 02:34 PM

ISKANDAR PUTERI, 13 Jun (Bernama) -- Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) merancang untuk meningkatkan pelaburannya di Johor terutama dalam syarikat yang menyokong pusat data.

Ketua Pegawai Eksekutif Mohammad Hazani Hassan berkata setakat ini pihaknya telah melabur dan membiayai 65 syarikat di Johor dengan jumlah RM110.9 juta dan dua daripada syarikat itu telah disenaraikan di Bursa Malaysia.

“Negeri ini (Johor) menjadi tumpuan pada masa ini susulan pengenalan banyak pusat data jadi, kami melihat potensi itu untuk melabur,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan R2G Wilayah Selatan di sini, pada Khamis.

Beliau berkata MTDC tidak menetapkan sebarang sasaran pertumbuhan pelaburan yang khusus bagi Johor namun, sedang giat meninjau syarikat teknologi peringkat awal.

“Kami mahu mencipta ekosistem yang menyokong rantaian bekalan...pelaburan itu boleh berada dalam bidang tenaga kerana pusat data memerlukan kuasa atau ‘blockchain’ yang tinggi,” katanya.

MTDC ialah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd dan sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

MTDC ditubuhkan pada Mac 1992 dengan mandat untuk membina syarikat Malaysia berasaskan teknologi bertaraf dunia, selain sebagai pemangkin pembangunan teknologi dan membawa inovasi ke dalam pasaran.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan