JENAYAH & MAHKAMAH

DATUK, NENEK ZAYN RAYYAN DIBEBASKAN HARI INI

13/06/2024 12:56 PM

PETALING JAYA, 13 Jun (Bernama) -- Datuk dan nenek kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

“Mereka hanya ditahan 24 jam untuk diambil keterangan dan akan dibebaskan hari ini. Pembebasan akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, mereka tidak akan dibawa ke mahkamah," katanya.

Semalam Bernama melaporkan pasangan suami isteri itu ditahan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Selangor pada pukul 2.30 petang di kediaman mereka di Puncak Alam bagi membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan.

Pasangan suami isteri itu ditahan selepas menghadiri prosiding merekod pengakuan ibu kanak-kanak itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pukul 2.30 petang semalam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan