KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kehadiran tiga pasukan antarabangsa dari Jepun, Indonesia dan Taiwan dijangka memberi saingan lebih mencabar pada Kejohanan Ragbi Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Premier 7 (P7s) di padang MCKK, Kuala Kangsar pada 28 hingga 30 Jun ini.
Menurut kenyataan MCKK hari ini, kejohanan edisi ke-12 itu menarik penyertaan 24 pasukan sekolah dari seluruh negara termasuk tiga pasukan luar negara bagi merebut Trofi NJ Ryan dan Anugerah Pemain Terbaik Zaharuddin Alias.
“Kejohanan tiga hari ini bakal menyaksikan bekas juara edisi sebelum ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tiga (ARAS), Maktab Sultan Abu Bakar (EC) Johor Bahru, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dan tuan rumah, MCKK.
“"Selain itu, pesaing hebat seperti Maktab Tentera Diraja (MTD), SMK Victoria (VI) Kuala Lumpur dan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya akan turut beraksi merebut gelaran kejohanan.
“Kejohanan MCKK Premier 7s adalah pemangkin kepada inspirasi anak muda mempamerkan bakat mereka",”menurut kolej itu.
Pada edisi 2023,SMK Jalan Tiga (ARAS) dari Selangor muncul juara baharu pada penampilan sulung dengan menewaskan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) 24-0 pada final.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial