DUNIA

CHINA: 4 PENSYARAH DARI KOLEJ AS CEDERA DITIKAM

11/06/2024 05:19 PM

BEIJING, 11 Jun (Bernama-dpa) -- Empat pensyarah jemputan dari sebuah kolej Amerika Syarikat (AS) cedera dalam serangan tikaman di sebuah taman awam di timur laut China pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Cornell College yang terletak di negeri Iowa, AS mengesahkan kejadian di bandar Jilin itu.

Menurut Cornell College, ketika kejadian, empat pensyarahnya yang berada di China sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan sebuah universiti di China sedang melawat taman itu.

"Kami telah berhubung dengan keempat-empat pensyarah berkenaan dan sedang membantu mereka pada waktu ini," kata Presiden Cornell College, Jonathan Brand.

Beliau berkata tiada pelajar yang mengambil bahagian dalam program itu.

Sementara itu, Jabatan Negara AS telah dimaklumkan dan sedang "memantau situasi", kata seorang jurucakap atas permintaan.

-- BERNAMA-dpa



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan