AM

FRISO GOLD LANCAR KEMPEN KEPENTINGAN PERLINDUNGAN USUS KANAK-KANAK

13/06/2024 11:58 AM

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Friso Gold melancarkan kempen baharu di bawah tema ‘Give Them the Guts to Explore the World’ (Berikan Mereka Kekuatan Dari Dalam untuk Meneroka Dunia Luar) bagi mengetengahkan kepentingan perlindungan usus dalam memupuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Imun Lim, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Milk Industries Berhad yang merupakan syarikat induk Friso Gold, memaklumkan bahawa kempen itu bertujuan memperkasakan ibu bapa yang mempunyai anak berusia satu tahun ke atas untuk menguatkan usus anak mereka sekali gus membolehkan anak-anak meneroka dunia dengan yakin.

"Kempen ini berasaskan kepercayaan Friso Gold terhadap kebaikan nutrisi semula jadi, memanfaatkan dan mengekalkan anugerah alam semula jadi secara harmoni dengan sains dan teknologi moden untuk menyediakan susu formula berkualiti yang mudah dihadam oleh kanak-kanak.

"Sehubungan itu, kempen yang bermula dengan #GutsToExplore Roadshow 2024 di Sunway Pyramid bermatlamat menggalakkan ibu bapa memperkasa anak-anak untuk meneroka dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Turut diadakan sempena jerayawara itu ialah sesi panel sempena Hari Susu Sedunia, meraikan perjalanan perkembangan zaman kanak-kanak sambil menekankan kepentingan perlindungan usus.

Turut hadir pada acara itu ialah pakar diet dan nurisi kanak-kanak dan remaja Rozanna Rosly serta jurulatih keibubapaan dan ahli terapi pertuturan bertauliah Zuraida Shahime.

Rozanna dipetik dalam kenyataan tersebut mengatakan bahawa kepentingan pemakanan dalam perkembangan kanak-kanak tidak boleh diabaikan, terutamanya dalam perlindungan usus yang sering terlepas pandang.

Beliau berkata usus memainkan fungsi utama dalam penyerapan nutrien, dan diet yang kaya serat, probiotik dan prebiotik adalah mustahak dalam mengekalkan mikrobiom usus yang sihat.

“Nutrien ini menyokong pertumbuhan bakteria bermanfaat, meningkatkan penghadaman, dan mengurangkan risiko jangkitan serta penyakit.

“Selain itu, usus menghasilkan neurotransmiter utama seperti serotonin, yang penting untuk pengawalan mood dan keseimbangan emosi. Dengan melindungi usus anak-anak kita, kita dapat membantu mereka menguruskan tekanan, mengurangkan kebimbangan dan mengekalkan keadaan emosi yang positif, yang menyokong pertumbuhan,” jelasnya.

Sementara itu, Zuraida berkata kanak-kanak ialah pakar menemukan keajaiban dalam perkara yang dianggap biasa, dari bayang-bayang di dinding sehinggalah bunyi angin di pokok, dan rasa ingin tahu mereka yang tidak terbatas mendorong mereka untuk meneroka, menyentuh dan merasai segala-galanya di sekeliling.

“Usus yang sihat membolehkan mereka belajar dan membesar, menguatkan minda dan hati mereka untuk menjadi orang dewasa yang hebat suatu hari nanti. Ibu bapa dan pendidik mempunyai tugas utama dalam perjalanan ini, mewujudkan persekitaran dan menyediakan panduan yang memupuk sikap ingin tahu ini untuk meneroka,” katanya.

Friso Gold kini memperkenalkan formulasi baharu dengan penambahan 2’-FL yang berperanan penting dalam perkembangan mikrobiota usus kanak-kanak.

Dihasilkan daripada Susu NOVAS Signature yang diperiksa kualitinya, Friso® Gold diformulasikan khas dengan lebih 50 nutrien penting seperti DHA, Kalsium, Protein, Vitamin dan Mineral untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.

Teknologi LocNutri yang digunakan dalam penghasilan susu ini mengekalkan struktur semula jadi protein susu agar mudah dicerna, manakala penambahan GOS, nukleotida dan Bifido Lactis meningkatkan penyerapan nutrien dan menguatkan pertahanan dalaman.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan