DUNIA

Prob Chang’e-6 Sempurnakan Pensampelan Bulan

04/06/2024 02:54 PM

BEIJING, 4 Jun (Bernama-CMG) -- Alat penghantar (ascender) prob penyelidikan Chang'e-6 yang membawa sampel dikumpul dari sisi jauh bulan berjaya memasuki orbit yang ditetapkan pada pagi Selasa, kata Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA).

Bermula Ahad hingga Isnin, Chang'e-6 menyempurnakan kerja pensampelan secara pintar dan pantas di Lembangan Kutub Selatan-Aitken (SPA) di bahagian jauh bulan dan sampel berkenaan disimpan di dalam bekas pada alat penghantar.

Menurut CNSA, kerja pensampelan itu dilakukan dengan dua kaedah iaitu menggunakan gerudi untuk mengumpul sampel bawah permukaan dan mengambil sampel pada permukaan dengan lengan robot. Ia secara automatik mengumpul sampel yang pelbagai dari tapak yang berbeza.

Pelbagai muatan dipasang pada alat pendarat Chang'e-6 antaranya kamera pendaratan, kamera panoramik, pengesan struktur tanah bulan dan alat penganalisis spektrum mineral bulan.

Kesemua kelengkapan itu berfungsi dengan baik dan memastikan penerokaan saintifik dijalankan seperti dirancang.

Chang'e-6 dilancarkan pada 3 Mei untuk misi mengumpul sampel dari sisi jauh bulan dengan pendaratan berjaya dilakukan di lokasi dipilih iaitu Lembangan SPA pada 2 Jun.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan