DUNIA

Claudia Sheinbaum Isytihar Kemenangan Dalam Pilihan Raya Presiden Mexico

03/06/2024 07:48 PM

MEXICO CITY, 3 Jun (Bernama-Xinhua) -- Saintis iklim Mexico dan bekas Datuk Bandar Mexico City, Claudia Sheinbaum meraikan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden pada Ahad sebagai calon gabungan “Let's Keep Making History”.

Sheinbaum menyampaikan ucapan penerimaan pada awal pagi Isnin selepas Institut Pilihan Raya Nasional mengeluarkan keputusan kiraan pantasnya.

Keputusan awal menunjukkan bahawa beliau menang dengan antara 58.3 peratus dan 60.7 peratus undian, lapor agensi berita Xinhua.

Sheinbaum, 61, akan menjadi presiden wanita pertama Mexico dalam lebih daripada 200 tahun kemerdekaannya.

Calon pembangkang Xochitl Galvez meraih antara 26.6 peratus dan 28.6 peratus undian, dan mengakui kekalahan kepada pesaing daripada parti pemerintah, Sheinbaum, pada hari Isnin.

Satu-satunya calon lelaki, Jorge Alvarez Maynez, yang mewakili parti Gerakan Warganegara, menerima antara 9.9 peratus dan 10.8 peratus undian.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan