DUNIA

China Pelihara Keamanan Dunia Menerusi Tindakan Praktikal

03/06/2024 02:27 PM

SINGAPURA, 3 Jun (Bernama-CMG) -- China membuat sumbangan positif dalam menjaga keamanan dunia dan menyediakan lebih banyak produk keselamatan awam kepada masyarakat antarabangsa menerusi tindakan praktikal.

Demikian dinyatakan kumpulan pakar China selepas menghadiri Dialog Shangri-La ke-21 yang telah menutup tirainya di sini pada Ahad.

Bekas naib presiden Akademi Sains Ketenteraan (AMS) China, He Lei berkata konsep keselamatan yang dikemukakan China adalah berdasarkan visi komuniti berkongsi nasib sesama insan.

"Ia menekankan komuniti keselamatan untuk seluruh umat manusia dan menjunjung konsep keselamatan bersama yang komprehensif, bersifat bekerjasama dan mampan," kata beliau.

Prof. Madya Zhang Chi dari Universiti Pertahanan Nasional China menyatakan visi komuniti berkongsi nasib sesama insan serta Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI) menjadi panduan utama bagi China dalam mengendalikan hubungan sesama negara serta isu-isu semasa berkaitan keselamatan di peringkat global.

"Kami (China) akan terus menawarkan produk keselamatan awam kepada dunia, termasuk mempraktikkan GSI secara mantap, menggerakkan perdamaian antara Arab Saudi dan Iran serta menggalakkan penyelesaian damai krisis Ukraine serta konflik Palestin-Israel.

"Kami juga akan terus berkolaborasi dengan negara-negara Asia Pasifik dan pihak terbabit di dunia ke arah membina komuniti berkongsi nasib di rantau Asia Pasifik," kata beliau.

--BERNAMA-CMG 



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan