PUTRAJAYA, 2 Jun (Bernama) -- Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Kuala Lumpur kini beroperasi di lokasi baharu iaitu di Kompleks Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim.
LHDN memaklumkan dalam kenyataan hari ini pejabat di Menara Olympia, Kuala Lumpur telah ditutup sepenuhnya.
Menurut agensi itu, sebarang urusan surat-menyurat boleh dimajukan kepada alamat baharu iaitu LHDN Kuala Lumpur, Karung Berkunci 00010, Pejabat Pos Besar, 50990 Kuala Lumpur.
“Pejabat LHDN Kuala Lumpur sebelum ini telah mengeluarkan hebahan penutupan melalui notis pemberitahuannya pada 29 Mac lepas sebagai pemakluman awal bagi memudahkan urusan percukaian pembayar cukai di lokaliti berkenaan,” menurut LHDN.
Pmbayar cukai juga boleh berkunjung ke pejabat agensi itu di Pudu Sentral atau mana-mana pejabat LHDN berhampiran atau menggunakan e-Janji Temu menerusi portal LHDN.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial