DUNIA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH

30/05/2024 09:53 PM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis menjejaki penurunan niaga hadapan minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) dan harga olein minyak sawit Dalian, kata peniaga minyak sawit David Ng.

"Kami mengesan paras sokongan melebihi RM3,900 satu tan tetapi mengesan paras rintangan pada RM4,050 satu tan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ketua penyelidik komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani berkata penurunan harga minyak mentah turut membimbangkan pasaran minyak sawit kerana ia mengurangkan margin pengeluaran bio bahanapi itu.

Harga minyak mentah Brent kini turun sebanyak 0.5 peratus kepada US$83.13 setong.

“Harga minyak sawit lebih tinggi semalam dan peningkatan itu berlaku disebabkan prestasi eksport minyak sawit Malaysia yang kukuh dan kelembapan dalam kadar pengeluaran merupakan penyebab pengukuhan minyak sawit,” katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2024 susut RM41 kepada RM3,987 satu tan, manakala Julai 2024 turun RM38 kepada RM3,994 satu tan dan Ogos 2024 merosot RM41 kepada RM3,993 satu tan.

Kontrak September 2024 turun RM44 kepada RM3,992 satu tan, sementara Oktober 2024 susut RM49 kepada RM3,989 satu tan dan November 2024 merosot RM49 kepada RM3,993 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 95,619 lot daripada 82,184 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka naik kepada 212,347 kontrak daripada 206,453 kontrak sebelum itu.

Harga MSM fizikal bagi Jun Selatan susut RM20 kepada RM4,030 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan