DUNIA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

30/05/2024 09:00 PM

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini kerana pelabur menunggu reaksi daripada Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat mengenai data inflasi.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2024 susut kepada US$2,338.30 setiap auns troy daripada US$2,345.10 setiap auns troy semalam.

Kontrak Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup rendah pada US$2,348.40 setiap auns troy daripada US$2,355.90 setiap auns troy sebelum itu.

Jumlah dagangan meningkat kepada 57 lot daripada 36 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 88 kontrak daripada 68 kontrak semalam.

Menurut London Bullion Market Association pada 29 Mei, harga emas fizikal berada pada US$2,343.35 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan