AM

SAIFUDDIN NASUTION LANCAR BAITUL MAHABBAH DI BEKENU, SARAWAK

30/05/2024 08:01 PM

KUCHING, 30 Mei (Bernama) -- Bekenu, penempatan yang terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Miri di utara Sarawak, menjadi lokasi ketiga Baitul Mahabbah atau premis transit untuk pendatang tanpa izin di bawah usia 12 tahun.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang meluncurkan Baitul Mahabbah Bekenu hari ini berkata ia beroperasi sejak Mac lepas dengan kapasiti penghuni 100 kanak-kanak.

“Sehingga kini, sejumlah 62 daripada 239 kanak-kanak warga asing yang ditempatkan di Baitul Mahabbah telah dihantar pulang ke negara asal,” katanya dalam catatan di laman Facebook hari ini.

Saifuddin Nasution, yang berada di Sarawak untuk lawatan kerja dua hari, juga berkata Baitul Mahabbah berfungsi sebagai premis transit kanak-kanak warga asing yang ditangkap dalam serbuan Jabatan Imigresen sebelum dihantar pulang ke negara asal mereka.

“Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan usaha ini khususnya Jabatan Imigresen Malaysia, badan bukan kerajaan dan agensi serta jabatan kerajaan yang lain,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan