AM

Sultan Mizan Berkenan Rasmi Marriot Resort Perhentian

30/05/2024 07:31 PM

KUALA BESUT, 30 Mei (Bernama) -- Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan merasmikan pusat peranginan antarabangsa bertaraf lima bintang Marriot Resort Perhentian, di Pulau Perhentian di sini.

Turut berangkat mengiringi baginda ialah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri.

 Resort yang mula dibina pada 2017 dan siap pada April lepas itu dilengkapi dengan 200 bilik deluxe yang indah dan 17 vila, bersama kemudahan bertaraf dunia, termasuk pilihan gourmet, spa terkini dan pelbagai kemudahan rekreasi.

Ia dibangunkan oleh iKHASAS Land, anak syarikat Kumpulan iKHASAS dengan kos keseluruhan kira-kira RM400 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan iKHASAS Ir Tan Chee Kian dalam sidang media berkata resort itu menyediakan sekurang-kurangnya 480 pekerjaan kepada penduduk tempatan sejak awal operasinya, tahun ini.

Beliau berkata dengan latihan sewajarnya yang diberikan oleh resort itu, ia akan membuka peluang kepada kakitangan mereka untuk terus maju dalam kerjaya.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan