AM

Polis Tubuh Pasukan Petugas Khas Jemaah Haji Terkandas Di Makkah

30/05/2024 06:00 PM

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman telah menubuhkan pasukan petugas khas yang berperanan melakukan siasatan dan tindakan awal terhadap sebarang aduan jemaah haji negara ini terkandas di Makkah.

Pengarahnya Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata penubuhan pasukan itu merupakan tindakan proaktif bagi menangani isu tersebut. 

"Pasukan ini bakal bekerjasama dengan agensi kerajaan yang berkaitan dan memastikan tindakan selanjutnya diambil berpandukan peruntukan undang-undang tertentu, sesuai dengan kesalahan yang dikesan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Menurutnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Lembaga Tabung Haji (TH) masing-masing mempunyai undang-undang berbeza bagi menangani isu berkenaan, bersesuaian dengan kesalahan yang berlaku.

"Justeru, penubuhan Pasukan Petugas Khas ini adalah bagi memastikan sebarang aduan yang diterima, dapat ditangani secara lebih efisien dan berkesan," katanya.

Ramli berkata pihaknya menerima satu laporan di Negeri Sembilan yang mendakwa terdapat jemaah haji dari Malaysia terkandas di Makkah pada musim haji tahun ini. 

Bagaimanapun, siasatan awal setakat ini mendapati isu dalam kes tersebut adalah menjurus kepada bidang kuasa siasatan Lembaga Tabung Haji, katanya.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan