AM

Kempen Hello Cbp 2024 Tawar Hadiah Rm1.5 Juta

31/05/2024 08:21 AM

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Susulan sambutan menggalakkan, Co-opbank Pertama (CBP) meneruskan Kempen Hello CBP buat kali kedua yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dengan nilai keseluruhan lebih RM1.5 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata kempen yang bermula 1 Jan lepas dan berakhir 31 Dis tahun ini terbuka kepada semua pelanggan sedia ada dan baharu bank berkenaan.

Menurut beliau, kempen kali ini menampilkan sedikit kelainan dengan cabutan akan diadakan pada setiap suku tahun iaitu pada Mac, Jun, September dan Disember.

“Untuk makluman semua, majlis penyampaian hadiah Kempen Hello CBP 2024 bagi suku pertama telah diadakan pada 22 April lepas di Pusat Dagangan Dunia Putra dengan 10 pemenang diraikan,” katanya ketika menjadi tetamu program Jendela Fikir di Bernama Radio di sini, hari ini.

Beliau berkata cara untuk menyertai kempen ini cukup mudah dengan melanggan produk serta perkhidmatan CBP seperti Deposit, Pembiayaan Peribadi Al-Yasser, Pembiayaan Perumahan Al-Amali dan Pembiayaan Ar Rahnu serta Takaful Smartcare.

Khairil Anuar berkata Kempen Hello CBP 2024 yang menawarkan tiga kategori bagi cabutan bertuah  bertujuan menarik minat lebih ramai orang awam terutamanya untuk menjadi sebahagian keluarga CBP.

Beliau berkata hadiah utama bagi cabutan bertuah kategori individu ialah empat buah kereta Proton S70 Flagship X, lapan buah motosikal Suzuki Gixxer 250, lapan pemenang pakej umrah atau percutian dan 16 pemenang televisyen 60 inci.

“Bagi kategori individu dan Aplikasi HELOCBP akan membawa pulang Thermomix TM6  bagi empat pemenang dan Takaful Smartcare yang bernilai RM140 untuk 100 pemenang. Sementara itu, kategori bukan individu seramai 20 pemenang akan menerima Deposit-i Berjangka CBP,” katanya.

Beliau berkata mereka yang melanggan lebih banyak produk dan perkhidmatan CBP berpeluang cerah untuk membawa pulang sebahagian hadiah yang ditawarkan.

“Ini kerana, bagi kempen ini, CBP turut menawarkan tambahan mata penyertaan kepada pelanggan yang memenuhi syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan bagi setiap produk,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan CBP, orang ramai boleh berkunjung ke mana-mana 34 cawangan CBP di seluruh negara atau melayari laman sesawang www.cbp.com.my.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan