JENAYAH & MAHKAMAH

WARGA EMAS DITEMUKAN MATI DI LADANG KELAPA SAWIT - POLIS

27/05/2024 11:41 PM

KUALA KRAI, 27 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun ditemukan mati di ladang kelapa sawit dekat Pasir Layang, Kampung Bunut Saih, di sini lebih kurang pukul 6.15 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata mayat mangsa yang dijumpai dalam keadaan tidak berpakaian didapati sudah meninggal dunia lebih kurang lima hari yang lalu.

"Terdapat kesan gigitan di bahagian tangan kiri dan kanan mangsa dipercayai kesan gigitan binatang buas dan siasatan lanjut juga mendapati mangsa merupakan orang hilang yang dilaporkan kepada pihaknya pada Rabu lepas.

"Menurut waris, mangsa mempunyai masalah kesihatan iaitu kencing manis, jantung dan penyakit alzheimer yang menyebabkan beliau sering kali lupa tentang perkara yang dilakukan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat dan pakar perubatan forensik mengesahkan punca kematian tidak dapat dikenalpasti memandangkan keadaan mayat yang telah reput.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah dilakukan terhadap mangsa.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan