AM

JURUKAMERA THE STAR MELAKA MENINGGAL DUNIA

27/05/2024 07:11 PM

MELAKA, 27 Mei (Bernama) -- Jurukamera Star Media Group Melaka Sardi Mahorm, 55, meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi di Hospital Serdang, Selangor.

Jenazah Allahyarham telah disolatkan di Masjid Saad Ibni Abi Waqqas, Klebang di sini dan selamat dikebumikan di Kompleks Perkuburan Al-Ma'la Klebang Besar kira-kira 5.30 petang.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusof dalam satu hantaran di laman sosial Facebooknya menzahirkan ucapan takziah kepada isteri Allahyarham, Purinah Samsuri, 51, dan ahli keluarga di atas kepulangan Sardi ke rahmatullah.

"Saya turut berduka dengan berita pemergian Allahyarham Sardi yang banyak berjasa dalam membuat liputan berita mengenai negeri Melaka termasuklah berkaitan pentadbiran kerajaan negeri Melaka.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman," katanya.

Difahamkan Allahyarham Sardi yang menghidap komplikasi jantung dimasukkan ke Hospital Serdang sejak 1 April lepas dan menjalani pembedahan jantung dan beberapa pembedahan lain.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan