AM

Niaga Hadapan Fbm Klci Ditutup Kebanyakannya Tinggi

27/05/2024 06:44 PM

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini. 

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2024 tidak berubah pada 1,618.0, Jun 2024 dan Disember 2024 meningkat 0.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,620.0 dan 1616.0 manakala September 2024 menokok 1.0 mata kepada 1,609.0.

Jumlah dagangan susut kepada 6,411 lot daripada 7,318 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 51,121 kontrak daripada 50,586 kontrak sebelumnya. 

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 1.13 mata atau 0.07 peratus kepada 1,618.27 daripada paras penutup 1,619.40 pada Jumaat minggu lepas.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan