AM

Pesawat Terbang Rendah, Tudm Laksana Latihan Bermula Esok Hingga 2 Jun

26/05/2024 02:28 PM

KUANTAN, 26 Mei (Bernama) -- Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melakukan latihan penerbangan taktikal bagi aset-aset udara secara rendah bermula esok hingga 2 Jun ini. 

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan latihan itu antaranya bertujuan mempamerkan kesiagaan aset dan anggota TUDM sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-66 di Pangkalan Udara Kuantan pada 1 Jun. 

Kenyataan itu menyebut latihan itu juga bertujuan menilai keberkesanan pelaksanaan tugas operasi yang melibatkan pesawat pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter.

“Sepanjang latihan berlangsung, pesawat-pesawat TUDM yang terlibat akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu khususnya di ruang udara Pangkalan Udara Kuantan dan sekitar negeri Pahang,” menurut kenyataan itu. 

TUDM menasihatkan orang ramai supaya tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat tentera terbang rendah sepanjang tempoh latihan dilaksanakan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan