AM

JALAN KOTA KINABALU-KENINGAU-TENOM TIDAK BOLEH DILALUI AKIBAT CERUN RUNTUH

25/05/2024 06:29 PM

KOTA KINABALU, 25 Mei (Bernama) -- Jalan menghubungkan Kota Kinabalu - Keningau - Tenom tidak dapat dilalui buat masa ini susulan kejadian cerun runtuh di Kampung Togudon, Penampang.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memaklumkan cerun runtuh itu berlaku susulan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan tiada jalan alternatif dan laluan tersebut tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

JKR Sabah kini sedang mengambil tindakan awal termasuk membuat pembersihan permukaan jalan dan memasang pelan pengurusan trafik, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan