SUKAN

TERBUKA MALAYSIA: ANDREW CIPTA REKOD KEBANGSAAN 100M KUAK DADA

24/05/2024 09:46 PM

KUALA LUMPUR, May 24 (Bernama) -- Perenang muda negara Andrew Goh berjaya memecah rekod kebangsaan acara 100 meter (m) kuak dada lelaki pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-66 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil di sini hari ini.

Perenang berusia 20 tahun itu mencatatkan masa 1 minit 02.30 saat (s)  untuk memadam rekod perenang Selangor, Ng Jing Fu 1:2.34s  pada edisi 2019.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak mencukupi untuk perenangSelangor itu muncul juara apabila terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa di belakang pemenang Ronan Zuberg Wantenaar dari Namibia (1:02.10s) manakala Likith Selvaraj Prema dari India membawa pulang perak (1:02.21s). .

Selepas meraih perak dalam acara 200m kuak dada semalam, Andrew bangga mencipta rekod kebangsaan hari ini dan mengaitkan kejayaannya dengan jurulatih renang kebangsaan baharu dari Kanada, Eric Anderson yang menyertai pasukan itu pada Februari lalu.

“Cerita yang melucukan ialah ketika saya sedang memanaskan badan saya memberitahu rakan saya bahawa saya merasakan sesuatu yang baik akan datang dan ternyata ia merupakan rekod kebangsaan baharu, jadi saya rasa kerja keras saya membuahkan hasil,”kata Goh.

“Saya menjalani latihan di peringkat negeri sebelum kembali ke kem kebangsaan sejak lima minggu lalu dan saya dapat melihat banyak peningkatan apabila berlatih di bawah Erik. Dia seorang jurulatih hebat dan saya tidak sabar untuk bersamanya pada masa depan,” katanya.

Dalam acara lain, perenang Terengganu, Arvin Shaun Singh Chahal mengungguli acara 200m gaya bebas lelaki dengan catatan masa 1:49.39s untuk meninggalkan Jayden Tan dari Kuala Lumpur yang meraih perak (1:50.76s) dan gangsa milik perenang Kuala Lumpur, Muhammad Dhuha Zulfikry (1:51.69s)..

Sementara itu, Thea Blomsterberg dari Denmark mencatat masa 1:08.35s untuk merangkul emas 100m kuak dada wanita dan memadamkan rekod kejohanan lapan tahun milik perenang negara Phee Jinq En, 1:08.65s.

Jinq En dari Selangor memenangi perak dengan 1:09.42s manakala Tan Rouxin dari Johor melengkapkan podium dengan memperoleh gangsa (1:13.07s).

Kejohanan empat hari itu akan berakhir Ahad ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan