AM

SUNWAY PYRAMID JEMPUT PEMINAT DISNEY RAIKAN ULANG TAHUN KE-90 DONALD DUCK

24/05/2024 07:29 PM

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Sunway Pyramid menjemput peminat Disney dan pengunjung menyertai island party sempena sambutan ulang tahun ke-90 watak kartun Walt Disney terkenal, Donald Duck.

Sunway Pyramid dalam kenyataan menyebut peminat berpeluang menikmati acara pop-up dengan zon bertema menampilkan Donald Duck dan teman wanitanya Daisy Duck, anak saudaranya Huey, Dewey dan Louie selain Scrooge McDuck, Mickey Mouse dan watak terkenal yang lain.

"Acara pop-up ini diadakan di Sunway Pyramid bermula 22 Mei hingga 9 Jun ini. Sambutan ini diserikan dengan barangan dan aktiviti istimewa, menjadikannya acara yang menyeronokkan buat peminat Disney dan keluarga mereka," menurut kenyataan itu.

Antara tarikan utama ialah S.S. Miss Daisy Boat yang memberikan peluang kepada pengunjung dari semua peringkat umur untuk bergambar dengan Donald Duck gergasi.

Selain itu Friendship Island menjemput pelawat untuk menikmati suasana dan permainan yang diinspirasikan oleh watak Mickey and kawan-kawannya seperti Quack-a-Dart serta Test-Your-Toss dan peserta berpeluang memenangi ganjaran dengan memuat turun aplikasi Sunway Malls.

Family Island pula menyediakan zon untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun dengan mereka boleh menyelam ke dalam lubang bola Scrooge McDuck’s Money Bin atau menonton siri terhebat Donald di televisyen.

Zon The All Things Donald menawarkan barangan eksklusif termasuk pakaian, alat tulis, beg, mainan dan peralatan rumah. Pembeli yang membelanjakan RM800 atau lebih dalam dua resit boleh menebus beg jinjing edisi terhad ulang tahun ke-90 Donald.

Peminat juga berpeluang bertemu dan bermesra dengan Donald dan Daisy Duck dari 7 hingga 9 Jun. Kanak-kanak yang lahir pada Jun juga boleh menyambut hari lahir mereka dengan watak kartun terkenal itu pada 9 Jun.

Pengurus Besar Pemasaran dan Inovasi Perniagaan Sunway Malls Loo Hoey Theen berkata pihaknya  teruja dapat bekerjasama dengan Disney untuk membawakan sambutan ulang tahun ke-90 Donald kepada peminat, keluarga dan pembeli-belah di Malaysia.

“Acara pop-up menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan dan penuh nostalgia serta  mengingatkan orang ramai mengapa mereka menyukai Donald yang nakal dan ini peluang yang baik bagi mencipta kenangan baharu dengan orang tersayang.

“Kami amat menantikan orang ramai dari semua peringkat umur untuk menyertai sambutan ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, peminat Donald Duck boleh melayari https://www.sunwaycarnival.com/ dan https://www.sunwaypyramid.com/ atau mengikuti Sunway Pyramid dan Sunway Carnival Mall di media sosial.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan