AM

SKM NAFI ADA KAITAN DENGAN SYARIKAT ALLSTAR CAPITAL

24/05/2024 05:03 PM

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL dan syarikat berkenaan juga tidak bernaung di bawah SKM.

SKM dalam kenyataan memaklumkan penafian itu dibuat susulan pihaknya menerima maklumat bahawa syarikat ALLSTAR CAPITAL menerusi hantaran di laman web rasmi syarikat tersebut mengguna pakai nama SKM sebagai penaung.

“Berikutan itu, SKM dengan ini menafikan sebarang kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL dan syarikat ini juga tidak bernaung di bawah SKM.

“Orang ramai dinasihatkan untuk meneliti dan membuat penilaian sewajarnya sebelum membuat pinjaman dan pelaburan yang dibuat adalah atas risiko sendiri,” menurut kenyataan itu.

Orang awam boleh menghubungi SKM di talian 03-2083 4000 atau https://aduan.skm.gov.my/ untuk aduan dan pertanyaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan